Tarikh     : 7 September 2019

Masa      : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat   : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta  : 3 orang

Tujuan:

Memberi tunjukajar bagaimana memuatnaik produk ke laman web mudah.my

Aktiviti:

Peserta perlu menyediakan gambar produk, harga yang ingin dijual serta menerangkan keadaan barangan atau produk tersebut. Kemudian memuat naik gambar barangan atau produk di Mudah.my serta menyediakan no tel atau whatsapp yang boleh dihubungi oleh pembeli. Setelah itu,barangan tersebut akan  dipaparkan di Mudah.my

Gambar Disini

Tarikh    : 1 Ogos 2019

Masa     : 4.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat  : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta  : 9 orang

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan excel untuk membuat pengiraan bagi penyata pendapatan,kunci kira-kira dan sebagainya.

Aktiviti:

Peserta akan diajar bagaimana microsoft excel  bekerja. Kemudian peserta akan diajar bagaimana menggunakan fungsi –fungsi pada excel seperti membuat jadual, memasukkan baris dan petak serta membuat pengiraan menggunakan sum,average dan sebagainya.

Gambar Disini

Tarikh : 6 Julai 2019

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta : 6 orang

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar bagaimana media sosial membantu untuk berhubung dengan orang yang jauh, mendapatkan maklumat yang sahih,mencari resipi dan menjual produk secara atas talian.

Aktiviti:

Peserta perlu log masuk mana-mana media sosial seperti facebook,twitter,instagram dan lain-lain. Peserta akan ditunjukkan cara mendapatkan resipi masakan,menentusahkan maklumat yang tepat dan sahih serta cara menjual produk secara atas talian.

Gambar Disini

Tarikh    : 1 Ogos 2019

Masa     : 11.00 pagi hingga 1.00 tengahhari

Tempat  : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta  : 6 orang

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar bagaimana membuat origami kertas melalui youtube.

Aktiviti:

Pelajar-pelajar dari Tadika Sri Gading1,Pulai Chondong akan diberikan kertas segiempat sama. Tutorial origami kertas akan dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut melalui youtube.Kemudian pelajar-pelajar tersebut akan membuat rekabentuk origami mengikut video yang dipertontonkan dan dibantu oleh seorang guru tadika,seorang pembantu guru dan 2 orang petugas Pusat Internet.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Julai 2019

Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta : 9 orang

Tujuan:

Peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan microsoft office tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan.

Aktiviti:

Peserta akan diajar bagaimana microsoft office ini bekerja. Kemudian peserta akan diajar bagaimana menggunakan kekunci pintasan pada keyboard bagi mempercepatkan proses menaip seperti ctrl c,ctrl v dan sebagainya.

Gambar Disini