Daerah Pulai Chondong juga semakin berkembang pesat dimana terdapat juga industri berat dan keusahawanan. Ini akan membantu dan menaiktaraf ekonomi rakyat di Daerah Pulai Chondong. Jadual di bawah antara industri-industri berat dan keusahawanan yang terdapat di Daerah Pulai Chondong.  

Terdapat juga di kalangan penduduk di Daerah Pulai Chondong terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Terdapat juga kilang membuat roti,biskut dan kek di dataran usahawan wanita berdikari.Dataran usahawan wanita ini adalah milik sepenuhnya anak melayu iaitu anak jati Daerah Pulai Chondong.

   

Selain daripada itu, terdapat perkumpulan perwani bergiat aktif di Daerah Pulai Chondong dan juga Pergerakan Wanita Muslimat.Bagi Pergerakan Wanita Muslimat diketuai oleh Usatazah Azizah binti Awang Hamat. Bagi Perkumpulan Perwani ini dianggotai sepenuhnya oleh wanita-wanita. Ahli kumpulan anggota perwani ini adalah antara 5 - 10 orang pada setiap satu kumpulan. Antara perkumpulan perwani yang bergiat aktif adalah:

a) Perkumpulan Perwani Komuniti Kreatif Kampung Kerawang (2P4K)
b) Komuniti Kreatif Kampung Bagan Bawah (3K2B PC-1)
c) Komuniti Kreatif Kampung Bagan Bawah (3K2B PC-2)     

Terdapat juga peladangnita yang ditubuhkan di kawasan Pulai Chondong.
a) Peladangnita Bagan
b) Peladangnita Pulai Chondong      

 

 

  

Bagi pasar malam pula, ia akan dibuka pada jam 5.30 petang hingga 10.00 malam pada setiap hari sabtu. Pelbagai makanan dan minuman dijual pada harga yang berpatutan. Antara barangan yang dijual di pasar malam seperti sayur-sayuran,buah-buahan,makanan dan minuman, pakaian dan sebagainya.

  

Kedai Makan Alor Melaka

Alamat : Kampung Alor Melaka 16600 Pulai Chondong Machang Kelantan

No Telefon:0179761246

Terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman atau dikenali sebagai kedai kopi. Kedai kopi kebiasaannya dibuka awal pagi dari 6.00 pagi atau 7.00 pagi pada setiap hari. Kebanyakan pengunjung kedai kopi adalah terdiri dari warga emas,dewasa, kakitangan kerajaan dan swasta.

Pasar Pekan Pulai Chondong dibuka pada waktu pagi bagi memudahkan orang ramai membeli makanan seperti kuih, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya. Kebanyakan peniaga yang menjual makanan, mereka akan berniaga pada awal jam 6.00 pagi. Terdapat juga barangan basah seperti ikan,ayam,daging dan sebagainya. Kebanyakan peniaga yang menjual barangan basah, mereka akan mula berniaga pada jam 8.00 pagi atau setelah barangan basah tersebut tiba awal di Pasar Pulai Chondong. Pada bulan ramadhan, terdapat bazar ramadhan dibuka di kedai pulai chondong. Biasanya bazar ramadhan ini akan dibuka dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Antara kuih-kuih yang terdapat di bazar ramadhan seperti kuih pelita, murtabak dan sebagainya