Pembuatan hulu dan sarung yang dibuat oleh Husmizi Ibrahim atau nama panggilan Pok Ngoh. Beliau memulakan kerjanya dari ahad hingga rabu bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang. Oleh kerana pergerakan yang terhad, jangkamasa pembuatan hulu atau sarung adalah tidak menentu. Beliau akan menelefon pelanggan apabila produk tersebut siap.Beliau hanya mengambil tempahan mengikut kehendak dan permintaan pelanggan. Beliau juga hanya menerima 2 tempahan dalam seminggu serta terhad dalam 10 tempahan dalam sebulan. Harga bagi sebuah sarung untuk semua jenis mata bilah adalah mengikut inci dan jenis ukiran.Harga yang dikenakan adalah RM10 untuk satu inci dan harganya berbeza mengikut jenis ukiran. Harga minima tempahan adalah RM80 hingga RM800 bagi setiap produk yang dihasilkan.

  

Nama Pengusaha : Husmizi @ Pak Ngah
Nama Produk : Wau
Harga : Mengikut jenis wau
Lokasi: Kampung Alor Melaka
No Telefon: 013-9410813

Beliau juga menghasilkan wau. Antara wau yang pernah dihasilkan adalah seperti wau bulan, wau jalabudi, wau kucing dan wau puyuh. Biasanya beliau membuat wau mengikut musim. beliau akan menghasilkan wau mengikut jenis permintaan pelanggan. Pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari masyarakat setempat,malah penduduk luar samada luar dari daerah pulai chondong atau luar dari negeri kelantan. Beliau akan mula menghasilkan wau pada bulan Disember. Selain dari menjual wau, beliau menghasilkan wau untuk menyertai mana-mana pertandingan yang diadakan samada di negeri kelantan atau mana-mana negeri di Malaysia.