Nama: Othman bin Mat Hussin

Umur : 46 tahun

Ahli   : Okt 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan mengeluar dan menjual produk kesihatan berasaskan herba bermula pada tahun 2016. Ketika itu,beliau menjadikan produk kesihatan tersebut sebagai pendapatan kedua disamping untuk kegunaan sendiri. Pada Ogos 2020, beliau memulakan langkah secara serius dengan berdaftar dengan ssm dan menubuhkan syarikat  iaitu MZ Enterprise.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaan tahun 2016, beliau hanya menjual produk kesihatan secara bukan atas talian. Kebanyakan produk yang beliau pasarkan ditempat tumpuan orang ramai seperti pasar malam,pasar tani dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan adalah terdiri dari orang perseorangan yang mana mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Bermula tahun 2020, beliau menggunakan platform secara atas talian untuk orang ramai lebih mengenali produk beliau. Beliau menggunakan Facebook,twitter dan Instagram bagi memudahkan pelanggan yang telah mengenali beliau dan pelanggan baru untuk mendapatkan stok produk kesihatan.