Nama: Mohd Khairul Azidi bin Md Noor

Umur : 41 tahun

Ahli   : September 2020

Latar belakang

En.Mohd Khairul Azidi merupakan penyedia makanan katering untuk semua jenis majlis keraian sama ada perkahwinan, program agama dan sebagainya. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2012. Bagi beliau selain minat berniaga, peluang perniagaan seperti ini mempunyai pasaran luas,mampu untuk bertahan dan meraih keuntungan yang lumayan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan beliau, beliau menghadapai kesukaran untuk mendapatkan pelanggan. Ini kerana tidak ramai yang mengenali beliau.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang yang dikenali beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan secara atas talian dimana beliau mempromosikan perkhidmatan catering di media sosial. Ramai pelanggan sama ada yang lama atau baru bertanya tentang perkhidmatan katering melalui facebook dan whatsapp. Kini, kebanyakan pelanggan beliau adalah  mereka yang mengetahui perkhidmatan katering yang dipaparkan  melalui facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4000.

Nama: Mek Som @ Kalthum bin Daud

Umur : 73 tahun

Ahli   : Februari 2018

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pekerja swasta di sebuah syarikat di Kuala Lumpur selama 13 tahun. Selepas bersara, beliau pulang dan menetap di Kampung di Wakaf Bharu. Beliau diperkenalkan kepada Pusat Internet melalui program Erezeki. Setetelah itu, beliau aktif dengan pelbagai jenis program yang diadakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai sebarang asas mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, Beliau hanya mengenali melalui rakan-rakan terdekat yang beliau kenali sahaja yang mana banyak membantunya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, beliau juga mempunyai facebook beliau tersendiri. Beliau kini mampu berhubung dengan rakan-rakan lama yang telah lama tidak berjumpa. 

Nama: Thahirah binti Shukri

Umur : 46 tahun

Ahli   : Jun 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan kedai makan  pada bulan September 2019. Pelbagai makanan dan minuman yang djual di kedai beliau. Antara makanan yang dijual adalah seperti roti canai,roti titab, nasi kerabu kambing bakar,nasi berlauk dan sebagainya. Perniagaan beliau adalah perniagaan keluarga dimana ianya diusahakan bersama anak - anak dan suaminya.Perniagaan beliau dibuka 6 hari seminggu kecuali hari ahad dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal pembukaan kedai makan beliau, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar pulai chondong,saudara mara dan kenalan rapat yang mengenali beliau. Beliau menghadapi masalah untuk mempromosikan kedai makan untuk orang ramai lebih mengenali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempromosikan kedai makan beliau melalui Facebook beliau iaitu Warung Pohon Nyior. Kedai makan beliau kini semakin dikenali.Ramai pelanggan yang datang ke kedai beliau walaupun dari luar Daerah Pulai Chondong Hasil pendapatan beliau kini semakin meningkat. Anggaran pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM4000 sebulan.

Nama: Noor Haswan bin Noor Azman

Umur : 34 tahun

Ahli   : Jan 2017

Latar belakang

En.Noor Hazwan memulakan perniagaan sebagai jurugambar pada November 2015. Anak ke 2 dari 3 beradik sudah 2 tahun menjalankan perniagaan. Beliau membuat perkhidmatan mengambil gambar  untuk semua jenis majlis serta nama perniagaannya ialah akids photography.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang yang dikenali sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan pages sendiri yang dapat mempromosikan hasil kerja tangan beliau. Pelanggan beliau adalah  mereka yang mengetahui perkhidmatan yang dipaparkan  melalui facebook  dan pages tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Nama: Amrinee binti Ghazi

Umur : 39 tahun

Ahli   : Jul 2020

 

Latar belakang

Mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang masakan Itali Tambahan pula, Suami beliau adalah warganegara Itali. Beliau bersama suami dan anak-anaknya pulang ke Malaysia dan menetap di Kelantan.Disinilah tercetus idea untuk memperkenalkan masakan Itali kepada masyarakat setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya,beliau memperkenalkan masakan Itali kepada rakan-rakan,adik beradik dan jiran-jirannya terdekat. Ini kerana beliau ingin mendapat maklumbalas tentang masakan Itali dari masyarakat setempat. Beliau juga mempelbagaikan jenis masakan khususnya masakan Itali untuk dipromosikan kepada  masyarakat setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau memperluaskan promosi masakan Itali melalui media sosial seperti whatsapp,Facebook,Instagram dan sebagainya. Pelbagai tempahan yang diterima oleh beliau setelah mempromosikan di Media Sosial. Bagi beliau, Dengan adanya sistem butang “share” secara tidak langsung,ianya menjadikan salah satu cara penyebaran berita tentang produk kami. Kini pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM3000