Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong secara rasminya beroperasi pada tanggal 15 Januari 2008. Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong pada mulanya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong atau nama singkatannya PJK Pulai Chondong. Sebanyak 12 tempat bagi fasa rintis diwujudkan di seluruh Malaysia dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong adalah yang pertama dibuka di Kelantan. Pada mulanya ramai yang tidak mengenali apa itu Pusat Jalur Lebar Komuniti. Pusat JalurLebar Komuniti adalah merupakan satu tempat untuk memberi pendedahan mengenai internet dan komputer. Pendedahan tentang internet dan komputer ini adalah melalui latihan, nasihat ict, kepelbagaian promosi dan sebagainya. Penggunaan internet adalah terbuka kepada semua peringkat umur tanpa mengira bangsa,agama dan negara.Tetapi setelah diperkenalkan dengan promosi yang telah dijalankan. Ramai yang menggangap ianya satu kemudahan yang penting kepada orang ramai. Kebanyakan peserta adalah terdiri dari pelajar sekolah, lepasan sekolah, pelajar ipt dan sebagainya. 

 

Sesi bergambar bersama Dato' Sri dr.Halim Shafie, iaitu Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada 30 Mac 2008 sambil merasmikan pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong. Turut bersama penghulu dan penggawa daerah pulai chondong,pegawai-pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Petugas Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong.

 Bahagian Luaran

  

 

Bahagian Dalaman

   

Pusat JalurLebar Komuniti Pulai Chondong

Alamat Terdahulu:

Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong
Bersebelahan Pejabat Penggawa Pulai Chondong
16600 Pulai Chondong
Machang Kelantan.

Petugas Pusat JalurLebar Komuniti telah memberi pendedahan, kesedaran dan kepentingan penggunaan teknologi maklumat bagi memudahkan urusan seharian serta tidak menyalahgunakannya sehingga memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian. Apa yang paling penting,masyarakat luar bandar dapat menguasai teknologi maklumat setaraf dengan masyarakat bandar. Antara program yang pernah dijalankan adalah seperti Hari Terbuka, 1Malaysia Training, Kelas Microsoft Office Bersama Penghulu dan sebagainya.