Sumber mata air ini terletak di Kampung Bagan, Pulai Chondong berhampiran dengan Sungai Kelantan. Menurut cerita penduduk kampung, pengaliran air yang begitu banyak telah menjadikan kawasan tersebut tidak pernah kering walaupun suatu masa dahulu Pulai Chondong pernah dilanda kemarau yang panjang. Namun mata air sentiasa mengalir dan memudahkan penduduk setempat mengambil air ditempat tersebut sebagai keperluan harian seperti mengambil wuduk,mandi dan sebagainya.  Penggunaan batang paip telah digunakan sebagai saliran baru, bagi menggantikan buluh yang mengalirkan mata air. Kawasan  tersebut telah wujud sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Pada waktu tersebut, kebanyakan masyarakat dikawasan tersebut menggunakan sumber mata air sebagai keperluan harian.

  

Tempat : Kampung Mata Ayer

Alamat : Kampung Mata Ayer 16600 Pulai Chondong Machang Kelantan.

Penggunaan batang paip sebagai saliran mengantikan batang buluh

Bukan sahaja penduduk kampung yang menggunakan mata air tersebut, malah penduduk dari Kota Bharu juga pernah datang dan turut menggunakannya sebagai keperluan untuk membasuh, mandi, dan sebagainya. Selain itu, mata air ini juga pernah menerima kunjungan saintis dari luar negara seperti Jerman dan India untuk mengkaji kandungan yang terdapat di dalam sumber mata air tersebut. Hal ini kerana ia dikatakan berkhasiat dan baik untuk kesihatan serta airnya lebih baik dari air telaga. Walau bagaimanapun, kawasan ini masih belum dimajukan sepenuhnya.  Ini kerana kebanyakan rumah di kawasan tersebut mempunyai sumber air seperti air telaga dan sebagainya.Sumber mata air ini adalah berdekatan dengan air sungai kelantan. 

Sumber: Penduduk Kampung Bagan