Menara masjid kampung kerawang atau dikenali dikalangan penduduk masjid kampung surau kerawang telah dibina pada 1930.Kini menara masjid kampung kerawang dianggarkan berusia 84 tahun. Menara ini masih lagi utuh walaupun telah lama dibina sejak zaman berzaman. Menara ini dikatakan antara menara tertua di Daerah Pulai Chondong selain dari menara masjid tok pulai chondong. Menara Masjid Kampung Kerawang dibina bagi memudahkan bilal atau muazzin melaungkan azan yang dapat didengar oleh penduduk kampung. Ianya dibina berdekatan sebuah masjid lama. Masjid tersebut sudah tidak digunakan lagi oleh penduduk kampung kerana masjid baru iaitu bersebelahan telah siap dan telah digunakan oleh penduduk tersebut untuk aktiviti keagamaan.