Kedai roti canai alias memang terkenal di Kedai Pulai Chondong. Terdapat pelbagai jenis roti canai di kedai beliau antaranya roti canai telur dan roti canai biasa. Roti canai beliau biasanya dimakan dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang dal. Beliau mempelajari pembuatan roti canai dengan ayahnya ketika berusia 16 tahun. Kini sudah 33 tahun beliau mengusahakan roti canai. Warisan pembuatan roti canai ini telah diturunkan kepada anaknya supaya kesinambungannya tidak pupus ditelan zaman.

  

Nama Tempat : Kedai roti canai Alias

Lokasi : Kedai Pulai Chondong

Antara roti canai yang terdapat di kedai beliau seperti:

Roti Canai Biasa: RM1.00

Roti Canai Telur : RM2.00

Cotek : RM2.00