MAKANAN

Negara Malaysia amatlah kaya dengan makanan. Pelbagai jenis makanan yang terdapat disetiap negeri yang mempunyai pelbagai rasa.
Makanan yang terdapat di Malaysia boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada masyarakat setempat atau pelancong asing. Disetiap negeri-negeri di Malaysia terdapat
pelbagai citarasa makanan mengikut adat dan tradisi di kawasan setempat.

Bagi Daerah Pulai Chondong citarasa makanan adalah berasaskan kepada nasi. Bagi kueh-mueh pula ia adalah berasaskan kepada lemak dan manis.Antara makanan yang terdapat
di daerah Pulai Chondong:
a)Nasi lemak
b)Nasi kerabu
c)Nasi Dagang

Laksa 

 

Nama Gerai/Kedai : Pasar Malam Pulai Chondong

Nama Produk : Laksa Tradisional dan Laksa Penang

Alamat : Kedai Pulai Chondong

Harga : RM 2.00

Laksa adalah salah satu makanan utama di kelantan. Ianya dihasilkan daripada beras. Laksa ini dijual sama ada di pasar malam,pasar pagi atau pasar pekan pulai chondong. 

Nama Gerai/Kedai : Pasar Basah Kedai Pulai Chondong/Pasar pagi Kedai Pulai Chondong

Nama Produk : Mee Goreng

Alamat : Kedai Pulai Chondong

Harga : RM 2.00

Terdapat juga makanan seperti mee goreng dan bihun goreng yang terdapat di daerah Pulai Chondong. Kebanyakan makanan seperti terdapat di Pasar Malam Pulai Chondong

 

Nama Gerai/Kedai : Pasar Malam Pulai Chondong

Nama Produk : Nasi Minyak

Alamat : Kedai Pulai Chondong

Harga : RM5.00

Nasi Minyak merupakan salah satu makanan orang kelantan dan menjadi kegemaran bagi penduduk di daerah pulai chondong. Nasi minyak juga dihidangkan ketika majlis perkahwinan atau ketika perayaan seperti hari raya aidlifiri atau jamuan makan. Nasi minyak juga dijual terutama dipasar malam di Pekan Pulai Chondong.

Nasi Dagang

Nama Gerai/Kedai : Pasar Basah Kedai Pulai Chondong/Pasar Pagi Kedai Pulai Chondong/Pasar Malam Kedai Pulai Chondong

Nama Produk : Nasi Dagang

Alamat : Kedai Pulai Chondong

Harga : RM 5.00

Nasi dagang merupakan makanan yang sinonim bagi orang pantai timur. Nasi Dagang juga berbeza antara nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan. Nasi Dagang selalunya dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Nasi Dagang dimakan bersama gulai ikan atau gulai ayam. Nasi Dagang menjadi satu rutin bagi kebanyakan masyarakat melayu menghidangkan kepada tetamu ketika musim perayaan terutama hari raya aidilfitri.

 

Kerepok Lekor

Nama Gerai : Pasar Malam Kedai Pulai Chondong
                    Pasar Tani Hari Isnin dan Khamis

Alamat : Kedai Pulai Chondong

Harga Kerepok yang telah digoreng RM1.00 6 Batang