Tarikh     : 8 Januari 2021

Masa      : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat   : Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong

Peserta  : 2 orang

Tujuan:

Menerangkan dan melatih para peserta untuk bercakap dihadapan rakaman video menggunakan kamera telefon pintar dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Aktiviti:

Peserta akan menyediakan slide persembahan dimana para peserta akan membentangkan hasil kerja dalam bentuk lisan. Pembentangan hasil kerja tersebut akan dirakamkan dan dijadikan dalam bentuk video.

Gambar Disini

Tarikh     : 7 Disember 2020

Masa      : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat   : Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong

Peserta  : 1 orang

Tujuan:

Memberi tunjuk ajar bagaimana menghantar dokumen menggunakan aplikasi media sosial iaitu whatssap web menggunakan komputer ketika masih dalam  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB).

Aktiviti:

Peserta akan diterangkan kesamaan fungsi pada whatsapp web dan whatsapp. Kemudian,peserta perlu mengakses google chrome dan membuat carian whatsapp web. Kemudian, peserta perlu scan qr code pada whatsapp web yang terdapat pada telefon pintar masing-masing.Seterusnya peserta perlu hantar dokumen-dokumen tersebut untuk dicetak.

Gambar disini

Tarikh     : 7 November 2020

Masa      : 4.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat   : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta  : 3 orang

Tujuan:

Menyiapkan tugasan iaitu menyediakan plot cerita dari awal mula hingga akhir berdasarkan filem yang telah dipilih menggunakan asas persembahan iaitu Microsoft PowerPoint. 

Aktiviti:

Para peserta akan memilih satu filem. Filem tersebut akan ditonton dari awal hingga akhir. Setelah itu, filem tersebut akan diplotkan berperingkat dan disiapkan menggunakan Microsoft PowerPoint.

Gambar disini

Tarikh     : 3 Disember 2020

Masa      : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat   : Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong

Peserta  : 1 orang

Tujuan

Mempelajari bagaimana email boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada menghantar,menerima,menyimpan dan membuang maklumat mengikut kehendek pengguna.

Aktiviti:

Peserta akan mengakses maklumat dalam email tersebut, menentusahkan maklumat sebelum membuat verifikasi agar tidak berlaku sebarang kemudaratan pada masa akan datang. Setelah itu, maklumat yang telah dilampirkan boleh dihantar kepada penerima email tersebut.

Gambar disini

Tarikh     : 1 November 2020

Masa      : 2.00 petang hingga 4.00 petang

Tempat   : Pusat Internet Pulai Chondong

Peserta  : 3 orang

Tujuan:

Menjawab soalan kuiz secara atas talian bagi pelajar sekolah menengah bagi mengantikan Pendidikan Jasmani Kesihatan mengikut norma baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Aktiviti:

Peserta perlu membaca panduan menjawab kuiz. Kemudian, peserta akan diberi masa untuk menjawab kuiz secara pilihan mengikut jumlah soalan pada kuiz tersebut. Sekiranya berjaya,peserta akan menjawab kuiz tahap kedua sepertimana kuiz tahap pertama dan seterusnya pada tahap ketiga. Sijil akan dipaparkan pada laman web kuiz tersebut sekiranya berjaya menjawab soalan dan peserta boleh membuat cetakan sijil di Pusat Internet.

Gambar disini