Perlantikan Ahli JawatanKuasa

Penasihat               : Sat bin Hassan

Pengurus                : Mohd Rafidi bin Mohd Hussain

Penolong Pengurus  : Mohd Firdaus bin Shamsudin

Setiausaha 1           : Kamarul Anuar bin Haron

Setiausaha 2           : Mohd Amirin

Bendahari               : Mohd Fairuz bin Norulzaman

Jurulatih                  : Kamarul Anuar bin Haron

Penolong Jurulatih   : Muhamad bin Jusoh

Kitman 1                 : Che Amri bin Ramli

Kitman 2                 : Muhammad Syahidan bin Suhaimin

Kitman 3                 : Mohd Hanif bin Mohd Hasan

Keselamatan           : Wan Hazimi bin Wan Kamal

Perubatan               : Abdullah bin Mohd Hussain 

 

CW Group adalah merupakan satu kelab sukan bagi sepak takraw di Daerah Pulai Chondong. Jurulatih bagi CWGroup ialah En.Rosli Abdullah dan Pengurus Pasukan ialah En.Suhairizki Mustapha. Ditubuhkan pada awal tahun 2016 dan dianggotai seramai 14 orang. Mereka memulakan latihan pada setiap petang di tanah persendirian milik En.Rosli Abdullah. Jika tidak berkesempatan, mereka juga akan berlatih pada waktu malam sehingga jam 11 malam.  Terdiri daripada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Bagi Kumpulan A, ahlinya terdiri dari golongan dewasa berumur 26 hingga 33 tahun yang mana mereka adalah mentor kepada ahli kumpulan B.Bagi Kumpulan B, ahlinya terdiri golongan belia antara 19 hingga 25 tahun.

Nama Ahli Kumpulan A adalah Rosli bin Abdullah, Mohd Rohaizaq bin Abdullah, Mohd Nor Hasimin bin Rosli,Ramzam bin Abdullah.

Nama Ahli Kumpulan B adalah Mohd Suhairul bin Mustapha,Mohd Suhairizki bin Mustapha,Mohd Farid bin Alias.

  

Cw Group menggunakan nama sementara iaitu PemudaPc dimana pasukan ini memasuki pertandingan sepak takraw di Gelanggang Futsal Mohkhtar Dahari Presint 18, Putrajaya anjuran Kelab Persatuan Darul Naim & Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Persatuan SepakTakraw Malaysia(PSM), Perbadanan Putrajaya & Persatuan SepakTakraw Putrajaya(PESTAP) pada 30 April 2016 dan mendapat ketiga dalam pertandingan tersebut.

 

BELIA HARAPAN BANGSA

Belia merupakan golongan paling ramai dan penting dalam komuniti. Golongan belia merupakan pemangkin dalam kemajuan sesebuah negara. Sehubungan itu, PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA  telah mengadakan bengkel mencari kerja, bengkel UPU dan kelas microsoft office. Tujuan bengkel-bengkel ini diadakan adalah untuk melatih para belia agar celik IT dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif. Selain itu, golongan ini juga turut terlibat dengan aktiviti keagamaan dan sukan seperti sepak takraw, bola sepak, sukan rakyat dan sebagainya. Kebanyakkan remaja gemar dengan aktiviti lasak dan juga terlibat dengan aktiviti sosial bersama masyarakat.
 
SUKAN

Antara sukan yang digemari oleh remaja dan belia yang juga disertai oleh golongan dewasa adalah seperti bola sepak, sepak takraw, dan badminton.
 
BOLA SEPAK
   

Bagi bola sepak, kebanyakan kawasan lapang seperti padang bola sepak tidak terdapat di Daerah Pulai Chondong. Justeru itu, kebanyakan remaja dan belia menggunakan padang bola sepak sekolah tempat mereka bermain. Selalunya mereka akan berkumpul beramai-beramai pada waktu petang antara jam 4 petang hingga 5 petang untuk bermain bola dan akan berakhir pada jam 6 petang hingga 7 petang.

 SEPAK TAKRAW

  

Sepak takraw adalah permainan tradisi orang melayu sejak zaman berzaman lagi. Permainan sepak takraw disertai oleh golongan remaja,belia dan dewasa lelaki. Di Daerah Pulai Chondong tidak terdapat gelanggang sepak takraw tetapi mereka mengambil inisiatif sendiri membina gelanggang sepak takraw di atas tanah mereka sendiri. Permainan sepak takraw selalunya dimain di waktu petang setelah seharian melakukan kerja-kerja seharian.

BADMINTON

 
 

Nama Tempat: Kampung Panggung

Jenis Pemilikan : Persendirian

Bagi badminton pula, permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh remaja lelaki tetapi disertai oleh remaja perempuan. Selalunya ia dimainkan di gelanggang yang dibina sendiri dan dimainkan pada waktu petang. Terdapat juga sesetengah penduduk di Daerah Pulai Chondong bermain badminton pada waktu malam. Mereka memanfaatkan kawasan lapang untuk dijadikan tempat bersukan setelah penat bekerja seharian.

 PERMAINAN TRADISIONAL
 
WAU ATAU LAYANG-LAYANG
Selain daripada sukan tersebut, penduduk Daerah Pulai Chondong juga bermain permainan tradisi iaitu permainan wau dan layang-layang. Oleh kerana cuaca di kawasan sekitar Daerah Pulai Chondong mengalami musim panas yang berpanjangan. Para belia,remaja dan kanak-kanak berkumpul untuk bermain wau dan layang-layang.  Permainan ini dimainkan pada waktu petang dan di padang sekolah dan kawasan lapang. Selain dapat merehatkan minda, mereka juga dapat berkumpul dan berbual-bual sesama mereka.  
 
KESELAMATAN KAMPUNG 

  

Selain bersukan,golongan belia juga bergiat aktif dalam Kelab Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS).Mereka akan membuat rondaan secara berkumpulan mengikut jam dan jadual bertugas yang ditetapkan di setiap kampung masing-masing dalam mukim Pauh Lima bersama-sama ahli masyarakat lain terutamanya pada waktu malam.Bagi memudahkan perhubungan antara setiap kampung,mereka akan menggunakan alat perhubungan untuk berhubung antara satu sama lain bagi memastikan keamanan kampung terjaga dalam mukim Pauh Lima.Penglibatan belia akan membantu golongan dewasa dan warga emas menjaga keamanan kampung dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

KEBERSIHAN KAMPUNG

 

Antara aktiviti-aktiviti gotong royong yang dilakukan para belia bersama golongan dewasa dan warga emas adalah membersihkan masjid dan madrasah serta membersihkan kawasan kubur. Aktiviti gotong royong ini akan dilakukan untuk menyambut perayaan seperti hari raya aidilfitri,hari raya haji dan sebagainya.

KEAGAMAAN

 

Bagi aktiviti keagaamaan pula,belia di Daerah Pulai Chondong akan memenuhi masjid-masjid atau madrasah-madrasah.Banyak aktiviti-aktiviti keagamaan dilakukan masjid-masjid Daerah Pulai Chondong untuk para belia selain memenuhi tuntutan agama ia juga dapat mengeratkan silaturahim.

PEKERJAAN DAN MELANJUTKAN PELAJARAN

  

Kebanyakan remaja terutama lepasan sekolah akan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan atau melanjutkan pelajaran. Masih juga terdapat remaja-remaja yang masih berada di kampung-kampung. Kebanyakan penghijrahan golongan remaja ini ke bandar untuk mencari pekerjaan yang akan dijanjikan gaji yang lumayan. Ini kerana mereka dapat membantu ibubapa dan adik beradik yang masih bersekolah atau yang masih kecil di kampung, mereka dapat menaikkan taraf hidup mereka. Bagi remaja yang mementingkan ilmu pengetahuan, mereka akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana selain untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, mereka dapat menaikkan taraf hidup dan mengharungi arus cabaran wawasan 2020.

 

Bola Sepak merupakan sukan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira umur,bangsa dan agama. Golongan yang paling ramai meminati bola sepak adalah golongan belia. Ada yang menjadikan bola sepak sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang dan ada juga yang menjadikan bola sepak sebagai kerjaya.

Terdapat penubuhan pasukan bola sepak iaitu PG FC atau Pangkal Gong Football Club yang mana hampir 90 peratus disertai oleh anak-anak muda dari Mukim Pauh Lima berumur antara 21 tahun hingga 25 tahun. Mereka akan mengadakan perlawanan antara kampung-kampung di daerah Pulai Chondong dan juga di luar daerah Pulai Chondong. Kebanyakan perlawanan diadakan secara kalah mati. Perlawanan selalu diadakan di padang-padang sekolah ataupun padang di sesebuah kampung samada di dalam Daerah Pulai Chondong mahupun di luar kawasan. Tempat latihan ada di Padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong dimana waktu berkumpul antara jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. 

Walaupun begitu, Pasukan Pangkal Gong Fc telah bergabung dan membentuk Pulai Chondong Fc dimana kebanyakan anak-anak muda dari segenap pelusuk daerah Pulai Chondong termasuk luar Daerah Pulai Chondong menyertai pasukan tersebut.

  

 

Antara Perlawanan liga dan perlawanan persahabatan yang dilalui oleh Pulai Chondong FC:

1-Liga Machang

2-Perlawanan Persahabatan antara Setiu dan PCFC (Pulai Chondong FC) pada 3 Ogos 2017 di Padang Astaka Kampung Buluh Setiu.

3-Perlawanan Persahabatan antara MdKampar dan PCFC (Pulai Chondong FC) pada 17 Julai 2017 di Padang Majlis Daerah Kampar Perak.

Antara Kejohanan yang pernah dimenangi :

1- Johan Liga Juara Machang pada tahun 2017.