Nama : Nurul Aida binti Mohd Sabri

Umur : 40 Tahun

Ahli : Julai 2017 

Latar belakang

Anak kedua dari 6 beradik selalu datang ke Nadi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Nadi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke  Nadi Pulai Chondong.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Nadi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Nadi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh Nadi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Sekiranya ada pertanyaan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas Nadi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Nadi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas Nadi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Sehingga kini, beliau masih lagi berkunjung ke Nadi Pulai Chondong untuk menyiapkan kerja-kerjanya.

Nama: Rohizaq bin Abdullah

Umur : 40 tahun

Ahli   : Februari 2017

Latar Belakang

Beliau bersama isterinya memulakan perusahaan membuat biskut dari rumah secara kecil-kecilan pada tahun 2010 bermodalkan sebanyak RM20000. Beliau juga mendapat pinjaman dan bimbingan dari Risda.Beliau juga melantik agen-agen jualan untuk memasarkan produk biskut samada secara atas talian atau secara fizikal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Permasalahan beliau hadapi adalah memasarkan produk beliau secara fizikal. Pemasaran yang dilakukan secara fizikal adalah terhad dan tidak ramai pelanggan mengenali produk tersebut. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari rakan-rakan dan orang perseorangan atau agen yang membuat urusan jual beli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Perkembangan teknologi maklumat telah memudahkan beliau melangkah ke hadapan mempromosikan produk biskut secara atas talian. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada kakitangan kerajaan,swasta  dan orang perseorangan yang mengenali beliau. Beliau juga melantik agen-agen jualan bagi memperhebatkan lagi jualan biskut terutama pada musim perayaan.Pada tahun 2024, produk biskut beliau telah terjual sebanyak 5200 bekas pada musim perayaan aidilfitri dan stok jualan tertinggi adalah sebanyak 1000 bekas telah ditempah oleh agen beliau dari pasir puteh.

Beliau mengenali NADI Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri hari bersama komuniti sejak 2012 yang diadakan disini. Beliau bersama isteri dan anak-anaknya hadir ke program tersebut dan menyertai pelbagai jenis aktiviti yang diadakan. 

Nama: Nur Afini binti Zanudin

Umur : 28 tahun

Ahli   : Januari 2014

Latar belakang

Anak ke ketiga dari 3 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Sekiranya ada pertanyaan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Beliau kini mampu membantu adik beradiknya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian.

Nama: Norhaizad Tul Hafizi Bin Zadro

Umur : 28 tahun

Ahli   : Januari 2014

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2017. Beliau memulakan perniagaan bersama isterinya sebanyak RM50 ringgit sebagai modal permulaan. Apa yang menarik minat pelanggan berurusan dengan katering bajet mek adalah kerana menepati masa dan mengikut bajet pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan dan mendapat sambutan terutama musim cuti sekolah dan cuti am termasuk musim perayaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah mereka yang terdiri dari pelbagai jenis golongan seperti kakitangan kerajaan dan swasta,orang perseorangan serta sebagainya yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mengenali Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong melalui program yang dianjurkan disini. Beliau adalah penyedia makanan untuk hari bersama komuniti di Pedi Pulai Chondong pada tahun 2019.Bermula detik tersebut, beliau mula mengorak langkah mempromosikan Katering Bajet Mek secara atas talian dibantu oleh petugas pedi. Kini,ramai yang mengenali beliau dan pendapatan antara RM10000 hingga RM30000 sebulan.

Nama: Nurul Norasuwat binti Rosli

Umur : 29 tahun

Ahli   : Julai 2010

Latar belakang

Anak keempat dari 8 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong. Beliau menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang. Kemudian,beliau meneruskan pelajaran di salah sebuah IPTA di Malaysia dalam bidang pendidikan.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjurkan oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Tambahan pula, jarak rumah beliau dekat dengan Pedi Pulai Chondong. Oleh sebab itu,ianya memberi kemudahan kepada beliau untuk berulang alik dari rumah ke Pusat Ekonomi Digital. Sekiranya ada permasalahan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang teknologi maklumat dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya.