Pembukaan tanah Kampung Jenereh Bongkok oleh Haji Sulaiman bin Haji Arshad atau orang kampung memanggil beliau tok ayah man pada tahun 1864. Beliau telah membina sebuah surau yang masih digunakan lagi oleh ahli keluarga terdekat untuk sembahyang berjemaah. Pembinaan surau itu mengikut jumlah keluarga yang bersama beliau membuka penempatan di Kampung Jenereh Bongkok. Pembinaan surau ini berpaksikan kepada 8 tiang iaitu 1 tiang mewakili 1 keluarga. Walaupun sudah usang tetapi ia tetap digunakan sehingga sekarang.

 

Pada awal tahun 1900 hingga 1930an, Haji Abdullah telah membina masjid dan dinamakan masjid tok kerawat. Masjid ini pada asalnya dibina menggunakan kayu. Masjid ini dibina sendiri oleh Haji Abdullah dengan dibantu oleh beberapa orang kampung dari kawasan sekitar. Masjid ini dibina bukan sahaja dibina untuk sembahyang jumaat tapi juga untuk pendidikan agama. Dari sini wujudlah pendidikan agama berasaskan pondok di kawasan mukim Kerawang. 

Pada mulanya pembinaan masjid surau ini adalah dari kayu. Mengikut sejarah, pembinaan masjid surau ini adalah pada zaman sebelum merdeka setelah Haji Omar atau Tok Kerawat membuka penempatan. Bagi memulihara dan memelihara masjid surau ini, pembinaan masjid tersebut dibina menggunakan simen bagi mengantikan pembinaan kayu pada waktu dahulu. Tarikh pembinaan masjid menggunakan simen adalah tidak dapat dipastikan.

  

Latar Belakang

Pada sejarahnya tanah tapak masjid ini yang seluas 0.5 ekar telah diwakafkan oleh Hamzah Ismail. Pada asalnya,masjid ini berada di lokasi yang berlainan iaitu di kampung tok kerawat.Tetapi selepas daripada itu,masjid ini telah dipindahkan ke lokasinya pada hari ini dan menjadi masjid mukim kerawat.Imam pertama masjid ini ialah merupakan pengasas masjid ini iaitu Wan Ismail.Pada hari ini masjid ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian bagi ruang solat utama yang akan menelan belanja sebanyak RM 10 ribu.

Binaan

Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang tidak bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.

Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

Keistimewaan

Masjid ini sering menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan sebagai aktiviti riadah dan rohani kepada penduduk kampung dan sekitarnya.Selain itu, DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum sultan Yahya Petra telah datang ke masjid ini untuk solat jumaat bersama penduduk kampung.

Walaupun pernah dilanda bah kuning dimana masjid ini tenggelam termasuk kampung-kampung yang berdekatan pada tahun 2014. Namun begitu, dengan usaha dan kesepakatan penduduk kampung, masjid ini dipulihkan semula dan digunakan oleh penduduk kampung untuk aktiviti keagamaan. 

(Sumber: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM.www.islamgrid.gov.my)

 

Lubuk Lesung, Kuari Bukit Buluh,Pulai Chondong

Tempat merupakan tempat baru dibuka kepada orang ramai. Ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan tempat ini. Kebanyakan yang datang ke lubuk lesung adalah orang sekitar dan penduduk sekitar daerah pulai chondong.

Lokasi: Kampung Jenereh Bongkok

Lubuk lesung mendapat nama kerana bentuk permukaannya adalah seperti lesung. Lokasinya terletak di jalan utama dari Machang Ke Kota Bharu. Untuk sampai ke tempat tersebut perlu melalui Kuari Bukit Buluh sepanjang 1500 meter dan juga perlu berjalan kaki sepanjang 500 meter. Lubuk lesung adalah sesuai bagi mereka yang suka cabaran merentas hutan. 

Pejabat Kesihatan Machang bercadang membina poli paip untuk salurkan air kepada 3 buah kampung iaitu Kampung Jenereh Bongkok, Kampung Galang dan kampung Bukit Jong. Setiap 6 bulan sekali, pihak jabatan kesihatan machang akan melakukan proses merawat air.

   

Menara masjid kampung kerawang atau dikenali dikalangan penduduk masjid kampung surau kerawang telah dibina pada 1930.Kini menara masjid kampung kerawang dianggarkan berusia 84 tahun. Menara ini masih lagi utuh walaupun telah lama dibina sejak zaman berzaman. Menara ini dikatakan antara menara tertua di Daerah Pulai Chondong selain dari menara masjid tok pulai chondong. Menara Masjid Kampung Kerawang dibina bagi memudahkan bilal atau muazzin melaungkan azan yang dapat didengar oleh penduduk kampung. Ianya dibina berdekatan sebuah masjid lama. Masjid tersebut sudah tidak digunakan lagi oleh penduduk kampung kerana masjid baru iaitu bersebelahan telah siap dan telah digunakan oleh penduduk tersebut untuk aktiviti keagamaan.