Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong

SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL PULAI CHONDONG

Pengenalan

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (Community Broadband Centre) mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Sebanyak empat buah Pusat Ekonomi Digital di Jajahan Machang iaitu Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong (Fasa Rintis), Pusat Ekonomi Digital Bukit Tiu dulunya dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Machang (Fasa 2 Extension) dan Pusat Ekonomi Digital Panyit (Fasa 2 Extension).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PUSAT EKONOMI DIGITAL untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).  Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Penubuhan PUSAT EKONOMI DIGITAL ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini.Dengan kata lain Pusat Ekonomi Digital memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan Pusat Ekonomi Digital turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian.Sebanyak 12 Pusat Ekonomi Digital pertama diwujudkan untuk Fasa Rintis, diikuti pula oleh 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, serta 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa fasa antaranya fasa long beruang,fasa urban dan sebagainya. Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong merupakan pusat internet yang diwujudkan dalam Fasa Rintis dan mula beroperasi pada tanggal 15 Januari 2008.


Objektif

•    Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.
•    Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
•    Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing.
•    Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
•    Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti.
•    Memberi latihan kepada usahawan-usahawan berdasarkan internet dan komputer.

Antara kelas dan latihan serta promosi pernah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong
- Kelas ict bersama penghulu sepanjang tahun
- Kelas ict bersama imam pada 22 April 2010
- Penerangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang pada 30 Julai 2009
- Penerangan kepada Pegawai Polis Cawangan Ipd Machang pada 11 November 2009
- Kelas bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pangkal Gong sepanjang tahun
- Latihan 1Malaysia dari bulan September 2011 hingga Mac 2012
- Latihan 1Citizen dari Januari 2013 hingga April 2013
- Latihan Keusahawanan
- Latihan Intel

Antara program pernah dilaksanakan
- Pengagihan netbook di Sekolah Kebangsaan Machang pada 11 November 2010
- Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong 6 Jun 2012
- Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan di Pusat Internet Pulai Chondong dari November 2013 hingga Mac 2014
- I-Health Day pada 25 Ogos 2015
- Hari Dashboard Komuniti pada 26 November 2016