PRODUK TEMPATAN DAERAH PULAI CHONDONG

Terdapat pelbagai produk-produk tempatan di negara kita. Pelbagai jenis produk ini yang diusahakan oleh
masyarakat setempat sama ada dikawasan bandar atau luar bandar. Terdapat juga produk yang dihasilkan
secara turun-temurun, produk yang baru diperkenalkan dan produk yang telah dikenali ramai
serta mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat.Bagi produk yang dihasilkan secara
turun-temurun, ianya adalah merupakan warisan keluarga dari satu generasi ke satu generasi.
Ada juga produk yang dihasilkan daripada ilmu yang diturunkan oleh seorang guru kepada anak muridnya.
Ianya akan diperkenalkan kepada masyarakat melalui promosi secara kecil-kecilan.
Bagi produk yang dikenali ramai, produk tersebut akan diinovasikan kearah yang lebih baik
sebagaimana sambutan yang amat mengalakkan.

Bagi Daerah Pulai Chondong,antaranya produk-produk tempatan adalah seperti:
a) Mata parang atau pisau
b) Hulu dan sarung parang
c) Kelepek
d) Wau

 

Mata parang atau pisau

Ianya telah diusahakan oleh Pak Cik Kob selama 12 tahun. Beliau telah menuntut dengan ilmu membuat mata pisau atau parang selama 7 tahun dengan seorang guru di Melor pada umur 30 tahun. Beliau berhenti sebagai askar selepas peristiwa 13 mei 1969,beliau memulakan kerjaya sebagai pembuat besi. Antara produk yang pernah dihasilkan adalah seperti pisau,parang,golok, pedang,lawi ayam dan sebagainya.Harga sebilah alatan tajam adalah mengikut inci dan ada juga yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit.Bagi mata bilah besi iaitu 9 inci dan kebawah harganya RM30.00 dan mengikut jenis serta corak. Bagi mata bilah pisau 10 inci dan keatas harganya adalah RM50.00 dan mengikut jenis serta corak. Beliau menghasilkan alatan tajam mengikut permintaan pelanggan.

   

Nama pengusaha : Yacob bin Sulaiman @ Pak Cik Kob

Nama Produk : Mata bilah pisau

Harga : Mengikut jenis mata bilah yang diinginkan pelanggan

Alamat : Kampung bukit Jong 16600 pulai chondong machang kelantan