Nama: Wan Hasnorizan binti Wan Musa

Umur : 29 tahun

Ahli   : Oktober 2013

 

Latar belakang

Puan Wan Hasnorizan merupakan anak bongsu dari empat beradik dalam keluarganya. Beliau diperkenalkan oleh rakannya untuk datang ke Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong. Setelah tamat belajar tingkatan lima, beliau dan rakan-rakannya menyertai pembelajaran ict di Pusat Internet Komuniti.Beliau juga melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti dan program yang diadakan di Pusat Internet setelah tamat pengajian pada peringkat diploma yang kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Beliau juga adalah antara ahli jawatankuasa bagi hari terbuka atau hari bersama yang diadakan di Pusat Internet Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau merupakan seorang pelajar yang hanya mengenali internet pada asasnya. Pada permulaan beliau hanya mengikut rakannya datang ke Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Semasa dalam bidang pengajian peringkat diploma, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk menyiapkan tugasan. Beliau juga mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti ketika ada masa lapang.Pelbagai jenis ilmu ict yang telah beliau pelajari di Pusat Internet Komuniti.