Nama: Nadiatul Wahida binti Mat Hassan

Umur : 18 tahun

Ahli   : Julai 2017

Latar belakang

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),banyak kegiatan ekonomi dan pusat pendidikan termasuk sekolah ditutup. Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah hanya belajar dari rumah. Setelah kegiatan ekonomi dibuka secara berperingkat termasuk PEDI diseluruh negara mengikut SOP. Beliau berkunjung ke PEDI Pulai Chondong mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk mengikuti kelas iaitu Belajar Dari Rumah, cetakan kerja sekolah dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Banyak perkara yang ingin beliau pelajari. Beliau juga banyak menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet. Beliau juga mengikuti pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Beliau juga dapat membantu adik beradiknya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian. Hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Beliau adalah pelajar cemerlang dalam sijil pelajaran Malaysia di sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan dengan mendapat 10A.