Nama: Aqillah Adzra binti Amroze

Umur : 19 tahun

Ahli   : Mei 2020

Latar belakang

Perniagaan pertama yang dijalankan adalah kios ABC dan juga kelapa muda yang mana kiosnya terletak berhadapan dengan Politeknik Kota Bharu . Akibat daripada PKP , perniagaan beliau telah terjejas dan kini telah beralih kepada perniagaan diatas talian seperti jualan cocojar dan juga baju kurung Nouri.Kini beliau telah boleh menjalankan perniagaan kios ABC nya setelah beralih daripada fasa Pendemik ke fasa Endemik selain daripada membuat perniagaan secara atas talian. Kini beliau juga dapat mempromosikan kios beliau melalui facebook dan juga whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini beliau tidak pandai tentang penggunaan internet . Beliau hanya mengfokuskan kepada perniagaan diluar talian iaitu kios ABC. Tetapi setelah terjejas akibat PKP. Beliau mula mencari altenatif lain untuk memulakan perniagaan yang berasaskan kepada atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah perniagaan beliau terjejas akibat PKP, beliau telah mula mempelajari asas internet seperti mencipta email, facebook dan juga instagram untuk mempromosikan produk belian diatas talianMelalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital  Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perkhidmatan  dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Kelantan  yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut.