Nama: Nurizzati binti Mohd Zain

Umur : 27 tahun

Ahli   : September 2009

 

Latar belakang

Perniagaan beliau diperkenalkan oleh ibu saudaranya yang juga menjual produk kosmetik. Bermula dari situ,beliau mengiatkan usaha untuk memajukan perniagaannya dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Usahanya ini mendapat dorongan dari suami dan ibu saudaranya. Perniagaan beliau kini semakin maju dan kebanyakan pelanggan dan drioship adalah terdiri daripada rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Perniagaan beliau bermula secara bukan atas talian. Beliau menjual produk tersebut secara bersemuka,rakan-rakan yang rapat dengannya serta ibu saudara yang banyak membantu beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pedi Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan jualan shopee sendiri yang dapat mempromosikan produk kosmetik. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan shopee tersebut..Pendapatan bulanan beliau kini mencecah Rm1500 – RM2000.