Nama: Nik Norfazillah binti Nik Razali

Umur : 29 tahun

Ahli   : Jun 2010 

 

Latar belakang

Anak kedua dari 8 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong. Beliau menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang. Kemudian,beliau meneruskan pelajaran di Uitm Puncak Alam dalam bidang rekabentuk grafik.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Tambahan pula, perkampungan beliau masih belum mempunyai kemudahan internet. Oleh sebab itu,ianya memberi kemudahan kepada beliau untuk berulang alik dari rumah ke Pusat Ekonomi Digital. Sekiranya ada permasalahan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang teknologi maklumat dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Kini beliau merupakan seorang pereka grafik berkomputer di RohinaHQ iaitu sebuah syarikat pemasaran kecantikan.