Nama: Noor Hazirayanti binti Mohd Fauzi

Umur : 38 tahun

Ahli   : Ogos 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengembangkan perniagaan pada tahun 2020. Terdapat pelbagai jenis tudung mengikut saiz,warna jenama dan corak terkini dijual di kedai beliau. Beliau juga membuat tunai penghantaran dari rumah ke rumah mengikut jarak penghantaran dan penghantaran secara pos sekiranya jauh. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan dan mendapat sambutan pada musim perayaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah mereka yang terdiri dari pelbagai jenis golongan seperti kakitangan kerajaan dan swasta ,orang perseorangan serta sebagainya yang mengenali beliau. Tambahan pula, pelanggan tersebut akan datang terus ke kedai dan sebahagiannya adalah mereka yang lalu-lalang di hadapan kedai tersebut. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mengenali Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri program pertandingan usahawan yang diadakan disini. Beliau bersama rakan-rakanya hadir ke sini dan menyertai pertandingan usahawan tersebut pada tahun 2020. Beliau diajar menggunakan platform shopee untuk menjual produk tersebut.