Nama: Nur Afini binti Zanudin

Umur : 28 tahun

Ahli   : Januari 2014

Latar belakang

Anak ke ketiga dari 3 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Sekiranya ada pertanyaan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Beliau kini mampu membantu adik beradiknya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian.