Nama: Norhaizad Tul Hafizi Bin Zadro

Umur : 28 tahun

Ahli   : Januari 2014

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2017. Beliau memulakan perniagaan bersama isterinya sebanyak RM50 ringgit sebagai modal permulaan. Apa yang menarik minat pelanggan berurusan dengan katering bajet mek adalah kerana menepati masa dan mengikut bajet pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan dan mendapat sambutan terutama musim cuti sekolah dan cuti am termasuk musim perayaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah mereka yang terdiri dari pelbagai jenis golongan seperti kakitangan kerajaan dan swasta,orang perseorangan serta sebagainya yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mengenali Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong melalui program yang dianjurkan disini. Beliau adalah penyedia makanan untuk hari bersama komuniti di Pedi Pulai Chondong pada tahun 2019.Bermula detik tersebut, beliau mula mengorak langkah mempromosikan Katering Bajet Mek secara atas talian dibantu oleh petugas pedi. Kini,ramai yang mengenali beliau dan pendapatan antara RM10000 hingga RM30000 sebulan.