Nama: Rohizaq bin Abdullah

Umur : 40 tahun

Ahli   : Februari 2017

Latar Belakang

Beliau bersama isterinya memulakan perusahaan membuat biskut dari rumah secara kecil-kecilan pada tahun 2010 bermodalkan sebanyak RM20000. Beliau juga mendapat pinjaman dan bimbingan dari Risda.Beliau juga melantik agen-agen jualan untuk memasarkan produk biskut samada secara atas talian atau secara fizikal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Permasalahan beliau hadapi adalah memasarkan produk beliau secara fizikal. Pemasaran yang dilakukan secara fizikal adalah terhad dan tidak ramai pelanggan mengenali produk tersebut. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari rakan-rakan dan orang perseorangan atau agen yang membuat urusan jual beli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Perkembangan teknologi maklumat telah memudahkan beliau melangkah ke hadapan mempromosikan produk biskut secara atas talian. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada kakitangan kerajaan,swasta  dan orang perseorangan yang mengenali beliau. Beliau juga melantik agen-agen jualan bagi memperhebatkan lagi jualan biskut terutama pada musim perayaan.Pada tahun 2024, produk biskut beliau telah terjual sebanyak 5200 bekas pada musim perayaan aidilfitri dan stok jualan tertinggi adalah sebanyak 1000 bekas telah ditempah oleh agen beliau dari pasir puteh.

Beliau mengenali NADI Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri hari bersama komuniti sejak 2012 yang diadakan disini. Beliau bersama isteri dan anak-anaknya hadir ke program tersebut dan menyertai pelbagai jenis aktiviti yang diadakan.