Nama : Nurul Aida binti Mohd Sabri

Umur : 40 Tahun

Ahli : Julai 2017 

Latar belakang

Anak kedua dari 6 beradik selalu datang ke Nadi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Nadi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke  Nadi Pulai Chondong.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Nadi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Nadi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh Nadi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Sekiranya ada pertanyaan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas Nadi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Nadi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas Nadi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Sehingga kini, beliau masih lagi berkunjung ke Nadi Pulai Chondong untuk menyiapkan kerja-kerjanya.