Nama : En. Zamzuri bin Mohd Noh

Umur : 41 Tahun

Ahli Sejak : Mac 2014

Latar belakang

Beliau menjadi ajen bagi penjualan simkad onexox pada pertengahan tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut bermacam-macam halangan beliau tempuhi. Yang paling utama, ramai diantara pelanggan-pelanggan tidak yakin tentang produk tersebut kerana simkad tersebut baru sahaja memasuki pasaran dan ramai tidak mengenalinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada mulanya, beliau hanya mempromosikan simkad onexox kepada rakan-rakan dan saudara-mara terdekat. Penjualan beliau tidak laris dan pendapatan beliau tidak meningkat . Kebanyakannya tidak yakin akan produk yang beliau tawarkan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis telco prabayar di Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti latihan , bimbingan serta sokongan moral di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau telah berjaya meluaskan jualan beliau dan pendapatan beliau meningkat. Beliau juga mempunyai ejen tersendiri bagi meluaskan pasaran penjualan simkad onexox