Nama : Kalsom binti Yajid

Umur : 41 tahun

Ahli Sejak : Mei 2014

Latar Belakang

Beliau pada mulanya ingin mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga dan suaminya. Beliau menjalani di kursus membuat kueh-mueh dan biskut di Kota Bharu. dari tahun 2011 hingga 2012. Semenjak dari situ, beliau mencuba menghasilkan kueh mueh dan menjualnya kepada rakan-rakan. Beliau kini memiliki perniagaan kueh mueh dan biskut iaitu Hafive Enterprise yang telah didaftarkan pada bulan Disember 2012.

Sebelum penggunaan ict/penglibatan pi1m

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri sahabat handai, sanak-saudara dan kenalan-kenalan yang terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ict/penglibatan pi1m

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan produk beliau. Kini, pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari kenalan rapat sahaja.Malah,kebanyakan penduduk di Daerah Pulai Chondong mengenali dan membeli produk beliau.