Nama :Yacob bin Sulaiman

Umur : 71 Tahun

Ahli   : Disember 2013

Latar Belakang

Ianya telah diusahakan oleh Pak Cik Kob selama 12 tahun. Beliau telah menuntut dengan ilmu membuat mata pisau atau parang selama 7 tahun dengan seorang guru di Melor pada umur 30 tahun. Beliau berhenti sebagai askar selepas peristiwa 13 mei 1969,beliau memulakan kerjaya sebagai pembuat besi. Antara produk yang pernah dihasilkan adalah seperti pisau,parang,golok, pedang,lawi ayam dan sebagainya.Harga sebilah alatan tajam adalah mengikut inci dan ada juga yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit.Bagi mata bilah besi iaitu 9 inci dan kebawah harganya RM30.00 dan mengikut jenis serta corak. Bagi mata bilah pisau 10 inci dan keatas harganya adalah RM50.00 dan mengikut jenis serta corak. Beliau menghasilkan alatan tajam mengikut permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah tempahan adalah mendatar dan pelanggan yang datang adalah dari sekitar daerah Pulai Chondong sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengenali Pusat Internet Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri kempen pengguna bijak dan keusahawanan 2014. Kemudian, beliau menyertai latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil tempahan besi.. Pelanggan beliau dari kawasan machang malah ada yang datang dari kota bharu untuk menempah besi yang mana mereka mengetahui hasil tempahan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.