Nama: Mohd Farhan bin Mohd Nazir

Umur : 23 tahun

Ahli   : June 2016

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan cetakan baju pada Mac 2015. Minatnya dalam bidang perniagaan telah membuatkan beliau mencuba nasib dalam bidang percetakan baju. Pada permulaannya, beliau hanya lakukan untuk mencari pendapatan sampingan disamping menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, beliau ingin mencari pengalaman dalam bidang perniagaan. Perkhidmatan perniagaan yang beliau ingin lakukan adalah cetakan baju yang mana mendapat cadangan dari rakan-rakan karib beliau. Kini memiliki perniagaan sendiri iaitu Saat Bangkit Sdn.Bhd.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari pelanggan tetap dan ahli perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan facebook page dan instagram perniagaan yang dapat mempromosikan produk beliau. Kebanyakan pelanggan bukan sahaja terdiri dari golongan ahli perniagaan, malah ada yang dari orang perserorangan dan pertubuhan serta persatuan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau kini mencecah RM4000 – RM6000.