Nama : Nor Atikah binti Ramli

Umur : 22 tahun

Ahli   : Mac 2011

Latar Belakang

Ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad lagi, Beliau amat meminati komputer dan internet. Beliau antara ahli penerima netbook pada tahun 2011. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mencari inisiatif menambah ilmu pengetahuan berkenaan teknologi maklumat. Beliau adalah pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan pembelajaran teknologi maklumat pada ketika itu. Sehingga kini,beliau masih lagi mengikuti latihan seperti latihan keusahawanan dan e-rezeki walaupun tamat belajar peringkat diploma pemasaran di Politeknik Kota Bharu pada April 2017. Kini beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Pulai Chondong untuk mengisi kekosongan kerja secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Beliau hanya mengenali tetapi tidak pernah menggunakannya.Pada permulaannya, susah untuk beliau untuk mengendalikan komputer serta menggunakkan email sebagai medium menghantar maklumat bagi mengantikan surat dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan dan pembelajaran ict di Pusat Internet Pulai Chondong. Beliau mengenali apa itu internet dengan cara bijak menggunakannya. Cara mengendalikan komputer dan cara penjagaannya,email sebagai medium penghantaran maklumat mengantikan surat serta cara komunikasi di media sosial