Nama: Rahim bin Yusoff

Umur : 52 tahun

Ahli : Januari 2017

Latar belakang

Beliau merupakan bekas atlit yang mewakili Malaysia dalam sukan lompat tinggi di Kejohanan Asia Para Games di Hanoi Vietnam pada tahun 2003 dan pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 13 saat yang beliau lakukan di Para Games Kuala Lumpur. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran iaitu menjahit. di Pusat Latihan Orang Cacat di Cheras pada tahun 1989 selama setahun dan pengalaman bekerja selama 2 tahun di Kedai Jahit Pengusaha Cina di Kuala Lumpur selepas tamat latihan. Setelah bersara, beliau telah membuka perniagaan menjahit pakaian dan menjual telur itik di Kedai Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan yang datang adalah terdiri dari pelanggan tetap dan juga sekitar kawasan Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan dan hasil produk beliau. Pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari seluruh kawasan Pulai Chondong malah ada yang datang dari luar kawasan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.