Nama: Irwan Sharifuddin bin Mohd Aseri

Umur : 33 tahun

Ahli   : Disember 2016

Latar belakang

Beliau merupakan lepasan Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson pada tahun 2010. Kemudian beliau bekerja di Company Oil&Gas iaitu MySynergyFactory dari tahun 2010 hingga 2013. Semasa bekerja, telah timbul minat untuk berniaga dan beliau telah belajar bagaimana untuk membuat cendol. Beliau mempelajari cara membuat air batu cendol samada melalui kelas atau melalui orang perseorangan. Tambahan pula, beliau minat berniaga kerana dapat menguruskan masa dan kewangan dengan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Beliau membuka perniagaan penjualan air batu cendol di Kuala Krai dengan modal sebanyak RM2000.00 pada Disember 2013.Akibat banjir pada akhir tahun 2014, beliau mengalami kerugian sebanyak RM8000.00. Bangkit dari kesan banjir tersebut, beliau telah berpindah ke Kok Lanas dan membuka semula perniagaan tersebut bermodalkan RM8000.00 disamping mencari pendapatan sampingan. Beliau menjual air batu cendol antara harga RM2.50 hingga RM3.50 mengikut saiz dan jenis.Kini, perniagaan beliau telah semakin maju dan memiliki 2 orang pekerja walaupun pernah jatuh akibat bencana alam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permulaan pembukaan kedai beliau, keuntungan yang beliau perolehi antara RM100-RM200sehari

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan air batu cendol telah diviralkan oleh seorang kawan beliau. Bermula dari sini, beliau mula berjinak-jinak dengan facebook dan fanpages untuk diperkenalkan kepada orang ramai. Beliau selalu mengunjungi Pusat Internet Pulai Chondong bagi menghadiri bengkel serta latihan yang diadakan, penggunaan internet serta berkongsi pandangan untuk memajukan perniagaan.