Nama: Mohamad Nor Azuan bin Azbi

Umur : 35 tahun

Ahli   : Disember 2016

 

Latar belakang

Minat beliau dalam bidang perniagaan iaitu penyediaan pekhidmatan air bersih mendorong beliau untuk mencuba nasib dalam bidang ini. Tambahan pula,beliau mendapat maklumat mengenai cuckoo ini melalui internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menggunakan pendekatan secara lisan kepada orang ramai bagi menerangkan kebaikan menggunakan perkhidmatan air bersih iaitu cuckoo. Antara pelanggan beliau ialah kenalan rapat dan saudara mara sahaja. Pendapatan beliau perolehi antara RM1000 hingga RM1500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perkhidmatan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.