Bola Sepak merupakan sukan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira umur,bangsa dan agama. Golongan yang paling ramai meminati bola sepak adalah golongan belia. Ada yang menjadikan bola sepak sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang dan ada juga yang menjadikan bola sepak sebagai kerjaya.

Terdapat penubuhan pasukan bola sepak iaitu PG FC atau Pangkal Gong Football Club yang mana hampir 90 peratus disertai oleh anak-anak muda dari Mukim Pauh Lima berumur antara 21 tahun hingga 25 tahun. Mereka akan mengadakan perlawanan antara kampung-kampung di daerah Pulai Chondong dan juga di luar daerah Pulai Chondong. Kebanyakan perlawanan diadakan secara kalah mati. Perlawanan selalu diadakan di padang-padang sekolah ataupun padang di sesebuah kampung samada di dalam Daerah Pulai Chondong mahupun di luar kawasan. Tempat latihan ada di Padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong dimana waktu berkumpul antara jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. 

Walaupun begitu, Pasukan Pangkal Gong Fc telah bergabung dan membentuk Pulai Chondong Fc dimana kebanyakan anak-anak muda dari segenap pelusuk daerah Pulai Chondong termasuk luar Daerah Pulai Chondong menyertai pasukan tersebut.

  

 

Antara Perlawanan liga dan perlawanan persahabatan yang dilalui oleh Pulai Chondong FC:

1-Liga Machang

2-Perlawanan Persahabatan antara Setiu dan PCFC (Pulai Chondong FC) pada 3 Ogos 2017 di Padang Astaka Kampung Buluh Setiu.

3-Perlawanan Persahabatan antara MdKampar dan PCFC (Pulai Chondong FC) pada 17 Julai 2017 di Padang Majlis Daerah Kampar Perak.

Antara Kejohanan yang pernah dimenangi :

1- Johan Liga Juara Machang pada tahun 2017.