LATAR BELAKANG

Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Perkembangan ini memberi harapan kepada Malaysia untuk mencapai status hijau dan tersenarai sebagai negara bebas COVID-19 dalam sedikit masa lagi. Sehubungan itu pelbagai plan pemulihan dan promosi dalam menjalani norma baharu giat dijalankan. Nasihat kerajaan supaya semua rakyat Malaysia mengambil langkah meningkatkan komitmen dalam aspek kawalan KENDIRI. Justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganjurkan pertandingan mencipta Logo dan Tagline yang akan menjadi identiti simbolik Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 yang akan digunapakai dalam semua aktiviti promosi, pameran dan pencetakkan kempen ini.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Mengajak masyarakat umum dalam menyemarakkan dan mengamalkan Kempen Kesedaran COVID-19. Peluang dan ruang bagi semua rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara untuk sama-sama turut berkarya.