PENTADBIRAN DAERAH

Bagi Pentadbiran Daerah, ianya terbahagi kepada empat kategori sempadan iaitu Sempadan Mukim Tanah, Sempadan Mukim Penghulu, Sempadan Mukim Masjid dan Sempadan Piliharaya (UPU). Sempadan Mukim Tanah dan Mukim Penghulu (Bawah Pentadbiran Pejabat Tanah),Sempadan Mukim Masjid (Bawah Pentadbiran MAIK) dan Sempadan Unit Peti Undi (Bawah Pentadbiran SPR).
Secara kesimpulannya sempadan mukim-mukim ini berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

MUKIM TANAH
Sempadan Mukim Tanah,antaranya : 
a) Mukim Pulai Chondong
b) Mukim Gading Galoh
c) Mukim Bagan
d) Mukim Kerawang

MUKIM PENGHULU

Terdapat sebanyak Sembilan Mukim Penghulu dengan jumlah sebanyak 69 Buah Kampung, 4 Empat Taman Perumahan dan 1 Pekan Kecil (Kedai Pulai Chondong).

Bagi Kaum Cina pula ianya ditadbir secara khususnya oleh Penghulu Tanpa Mukim (Wakil Kaum), dan bagi hal ehwal wanita seorang Penghulu Tanpa Mukim (Wanita) diwujudkan dalam usaha melincinkan pentadbiran peringkat Daerah.

Mukim Kerawang

aerah Pulai Chondong mempunyai (9) Sembilan Mukim Masjid dimana dua daripadanya adalah mukim kechil iaitu Masjid Mukim Tahfiz dan Masjid Mukim Belukar. Selain itu terdapat juga Surau, Madrasah dan Masjid Ibadah yang berjumlah sembanyak 54 buah yang terletak dipelusuk kampung persekitaran Daerah Pulai Chondong dan diurus secara persendirian. Bancian yang dibuat melalui Imam dan Penghulu Mukim terdapat seramai 12,436 isi rumah keluarga Islam dalam Daerah ini.

PENTADBIRAN MUKIM IMAM

Bil.    Nama Mukim                      Nama Masjid
1    Mukim  Pulai Chondong - Masjid Pulai Chondong
2    Mukim Galang              - Masjid Ar.Rahman
3    Mukim Pauh Lima         - Masjid Pauh Lima
4    Mukim Dalam Kerawat  - Masjid Dalam Kerawat
5    Mukim Bagan               - Masjid Bagan
6    Mukim Laha                 - Masjid Laha
7    Mukim Belukar            - Masjid Belukar
8    Mukim Kerawang         - Masjid Bandar

 

 

LATAR BELAKANG DAERAH PULAI CHONDONG

Daerah Pulai Chondong terletak di Utara Jajahan Machang, Ianya bersempadan dengan Daerah Ketereh Dalam Jajahan Kota Bharu, secara jelasnya Kg. Bukit China dan Kok Lanas merupakan pemisah antara Jajahan Machang dan Kota Bharu. Disebelah Selatan pula bersempadan dengan Daerah Labok, di bahagian Barat ianya bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dimana  Sungai Kelantan sebagai pemisah manakala dibahagian Timur pula bersempadan dengan Hutan Simpan Chabang Tongkat dalam Daerah Ulu Sat.Keluasan Daerah Pulai Chondong ialah 54.98KM. Persegi /21.227 Batu Persegi/ 13,585.853 Ekar / 5,498 Ha. (1KMP = 247.105Ek./0.386 Batu Persegi/ 100 Ha.)

Gambar diatas menunjukkan daerah pulai chondong yang dibahagikan kepada 9 mukim. Antaranya Mukim Galang, Mukim Gading Galoh,Mukim Pauh Lima, Mukim Mulong, Mukim Alor Melaka, Mukim Kerawang, Mukim Bagan, Mukim Bandar dan Mukim Laha.

Daerah Pulai Chondong adalah antara salah satu daerah yang berada dibawah Pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Machang selain Daerah Labok, Daerah Ulu Sat, Daerah Pangkal Meleret, Daerah Panyit dan Daerah Temangan. Manakala pentadbiran politik ianya terletak didalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong(N33) dan Parlimen Machang(P29).

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Pulai Chondong

YB.Ustaz Azhar Salleh
Alamat Pejabat:
Masjid Markaz Pangkal Gong 16600 Pulai Chondong Kelantan

 

YB.Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ahli Parlimen Machang
Pusat Khidmat Parlimen Machang
Wisma PAS Jalan Pejabat
Taman Kemahkotaan
18500 Machang
Kelantan.