Abdul Samad Faqih Abdullah atau dikenali sebagai Tok Pulai Chondong adalah seorang ulama Melayu terkenal di Nusantara yang bertanggungjawab menyebarkan syiar islam pada zaman kegelapan masyarakat Melayu lampau.Tokoh ini dilahirkan ketika pemerintahan Long Yunus (1762-1794) iaitu pada 1792.Beliau adalah saudara dua pupu Syeikh Daud Abdullah al-Fatani. Beliau mendapat pendidikan daripada ayah dan datuknya melalui sistem pengajian pondok tradisional Pattani dan juga belajar di Pondok Pauh Bok,Pattani daripada Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani sebelum melanjutkan pengajiannya di Makkah.

PENDIDIKAN

Ketika di Makkah,beliau belajar dengan Tuan Guru Adam dan ada yang mengatakan beliau adalah murid Syeikh Daud al-Fatani.Setelah menetap beberapa tahun di Makkah, Tok Pulai Chondong pulang ke Kelantan dan menyebarkan pengetahuannya dalam tiga cabang iaitu Usuluddin,Fiqh dan Tasawuf.Atas sikap ingin belajar, ulama ini sekali lagi melanjutkan pelajaran ke Makkah pada 1840 kerana berasa dirinya perlu belajar,bukan mengajar. Padahal dalam penilaian beberapa orang ulama,ilmunya dalam Tasawuf sebenarnya layak mengajar bukan belajar.

Tok Pulai Chondong adalah ulama yang alim,warak dalam ilmu agama,malah doa yang selalu dipraktikkan ialah Hizbul Bahar serta berpegang kepada falsafah 'Berhamba kepada Allah dengan sebaik hamba'. Beliau kerap menunaikan haji dan pernah membawa anaknya,Muhammad Arshad yang berusia 13 tahun. Sewaktu menunaikan haji beliau sempat menziarah makam imam Syafie di Mesir bersama Tuan Tabal(Pengarang Kitab Sabla dan Tuan Haji Hassan Besut). Pada 1820 Tok Pulai Chondong membuka Kampung Bilal Talib,Pulai Chondong dan membina sebuah surau berhampiran sebatang pokok pulai di kampung itu.Sekembalinya dari Makkah, beliau aktif menyebarkan syiar islam kepada masyarakat dengan mendirikan sebuah surau pada 1820 dan dijadikan pusat pengajian sistem pondok.Cicit beliau, Mohd Nor Haji Muhamad,71, berkata surau pertama yang dibina Tok Pulai Chondong terletak di Kampung Bilal Talib berhampiran sebatang pokok pulai yang dikatakan condong.Beliau mendapat gelaran itu sempena membuka kampung berkenaan dan membina surau berdekatan pokok pulai.Sekembalinya dari Makkah,beliau aktif menyebarkan syiar islam kepada masyarakat dengan mendirikan sebuah surau pada 1820 dan dijadikan pusat pengajian sistem pondok. Beliau meninggal dunia pada 1874 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala berhampiran kubur Siti Khadijah.

Sumber Rujukan : Sinar Harian, 1 Jun 2008