Terdapat juga usahawan yang menjual barangan perabot. Kebanyakan perabot yang adalah perabot terbaru dari kilang. Antaranya perabot yang dijual adalah seperti sofa, almari, kabinet dan sebagainya. Kedai dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 6 hari seminggu dari ahad hingga sabtu kecuali hari jumaat. Tempahan perabot mengikut citarasa pengunjung juga disediakan di kedai perabot ini.

  

Nama Syarikat : Sbcahaya Resoucers

Nama Pengusaha : Mohd Hizbbillah 

Alamat : Bersebelahan Pejabat Penggawa Pangkal Gong 16600 Pulai Chondong Machang Kelantan

No telefon/whatssapp : 019-9368812 @ 013-9787862 (Mohd Farhan)

Daerah Pulai Chondong juga semakin berkembang pesat dimana terdapat juga industri berat dan keusahawanan. Ini akan membantu dan menaiktaraf ekonomi rakyat di Daerah Pulai Chondong. Jadual di bawah antara industri-industri berat dan keusahawanan yang terdapat di Daerah Pulai Chondong.  

Terdapat juga di kalangan penduduk di Daerah Pulai Chondong terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Terdapat juga kilang membuat roti,biskut dan kek di dataran usahawan wanita berdikari.Dataran usahawan wanita ini adalah milik sepenuhnya anak melayu iaitu anak jati Daerah Pulai Chondong.

   

Selain daripada itu, terdapat perkumpulan perwani bergiat aktif di Daerah Pulai Chondong dan juga Pergerakan Wanita Muslimat.Bagi Pergerakan Wanita Muslimat diketuai oleh Usatazah Azizah binti Awang Hamat. Bagi Perkumpulan Perwani ini dianggotai sepenuhnya oleh wanita-wanita. Ahli kumpulan anggota perwani ini adalah antara 5 - 10 orang pada setiap satu kumpulan. Antara perkumpulan perwani yang bergiat aktif adalah:

a) Perkumpulan Perwani Komuniti Kreatif Kampung Kerawang (2P4K)
b) Komuniti Kreatif Kampung Bagan Bawah (3K2B PC-1)
c) Komuniti Kreatif Kampung Bagan Bawah (3K2B PC-2)     

Terdapat juga peladangnita yang ditubuhkan di kawasan Pulai Chondong.
a) Peladangnita Bagan
b) Peladangnita Pulai Chondong