Nama: Roslaini binti Muhammad

Umur : 54 tahun

Ahli   : September 2013

Latar belakang

Pn. Roslaini Muhammad telah menjalankan perusahaan batik sejak dari tahun 2000. Kini perusahaan batik beliau telah berusia lebih dari 18 tahun. Antara yang terkenal di perusahaan beliau ialah batik tradisional,batik uniform dan batik canting. Perniagaan beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya tempat pertama reka corak piala seri iman pada tahun 2007 dan 2008 serta fesyen batik KLIB pada 2009,2010 dan 2011.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau hanya sekitar RM5000 – RM6000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari pelanggan tetap dan kawasan sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan instagram perniagaan yang dapat mempromosikan produk beliau. Kebanyakan pelanggan adalah dari golongan vvip yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau kini mencecah RM7000 – RM8000

Nama : Nurul Izzatie binti Badrul

Umur : 21 Tahun

Ahli   : Sejak April 2015

Latar belakang

Beliau mencari alternatif untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Beliau menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulai Chondong antaranya program dashboard komuniti, latihan intel,latihan keusahawanan dan sebagainya. Beliau mengenali Pusat Internet Pulai Chondong semenjak dari bangku sekolah dan selalu datang untuk mencari maklumat mengenai pelajaran.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau  ingin memperluaskan ilmu mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. Bagi beliau jika tidak ambil peluang untuk pelajari sesuatu yang baru sudah tentu akan ketinggalan zaman. Beliau juga mempelajari asas keusahawanan supaya beliau dapat membuat pendapatan sampingan walaupun beliau sudah bekerja. Disamping itu juga, beliau dapat mengendalikan komputer dan alatan teknologi lain dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini mampu menggunakan komputer dan alatan teknologi lain dengan baik. Selain dapat mengenali rakan-rakan yang lama yang sudah lama tidak berhubung melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya. Beliau juga berminat menjadi usahawan jika diberikan peluang.

Nama : Che Halimah binti Che Mat

Umur : 52 Tahun

Ahli   : Sejak September 2013

Latar Belakang

Beliau memulakan perniaagaan pada awal 2010. Beliau mendapat latihan di Pusat Kraftangan Kota Bharu. Dari situ bermulalah kerjaya beliau sebagai usahawan batik. Setelah lama berkecimpung dalam dunia batik, beliau membuka sebuah perusahaan batik dinamakan Rosnanie Batik. Perusahaan beliau bertapak di Wakaf Che Yeh. Pada tahun 2014, banyak kerugian yang beliau alami akibat dari bencana alam iaitu banjir. Walaupun begitu,beliau tekad membangunkan semula perusahaan batik tetapi kini beliau hanya membuat perusahaan di rumah dan membuat jualan di Karnival Usahawan Desa dan Pusat Membeli Belah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau membuat perniagaan secara kecil-kecilan sahaja, Pendapatan beliau diantara RM3000- RM4000 sebulan. Pelanggan beliau hanya terdiri dari pelanggan tetap sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan batik. Pelanggan beliau bukan sahaja dari pelanggan tetap tetapi hampir setiap pelusuk Kota Bharu yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 – RM5000.

Nama : Wan Ahmad Fekri bin Wan Abdul Rahman

Umur : 46 Tahun

Ahli   : Mac 2009

Latar belakang

Sebelum beliau menceburi bidang petani. Beliau bekerja lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (KLIA)di bahagian kargo. Dari situ beliau terlintas untuk mengorak langkah mencuba untuk mengusahakan tanaman. Kemudian beliau bersama keluarganya berpindah dari kuala lumpur ke Kelantan. Setelah itu, beliau ingin mencuba menanam dan akhirnya telah timbul minat untuk memperluaskan lagi tanaman. Beliau juga tidak berputus asa mencari ilmu untuk memperluaskan tanaman yang beliau usahakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali internet, beliau terpaksa berulang alik dari rumah ke jabatan pertanian untuk mendapatkan jenis tanaman yang dapat ditanam serta jenis tanah yang sesuai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali internet, beliau dapat memperolehi banyak maklumat mengenai tanaman yang dapat diusahakan antaranya seperti limau nipis, sayuran dan sebagainya.

 

Nama : Nur Arina binti Othman

Umur : 25 Tahun

Ahli   : Sejak Jun 2017

Latar belakang

Anak sulong ini merupakan bekas pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri Kota Bharu Kelantan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuludin. Beliau mengenali Pusat Internet Pulai Chondong melalui rakan-rakannya yang pernah datang ke sini. Kesedaran beliau dalam kecanggihan teknologi maklumat telah membuat beliau ingin menambah ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas dalam bidang komputer dan internet, tetapi beliau masih lagi ingin menambah ilmu pengetahuan dan ingin menjana pendapatan secara atas talian,tambahan pula beliau dapat mencari jawatan kosong sama ada kerajaan atau swasta.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan asas erezeki, beliau dapat menambah menjana pendapatan secara atas talian. Beliau juga dapat belajar untuk menjual poroduk secara atas talian melalui latihan intel dan latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Pulai Chondong.