Nama : Nurul Hida binti Mohamad Zain

Umur : 25 tahun

Ahli Sejak : April 2012

Latar belakang

Ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad lagi, Beliau amat meminati komputer dan internet. Ketika Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong ditubuhkan, beliau antara ahli yang telah berdaftar. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mencari inisiatif menambah ilmu pengetahuan berkenaan teknologi maklumat. Beliau adalah pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan pembelajaran teknologi maklumat pada ketika itu. Sehingga kini,beliau masih lagi mengikuti latihan seperti latihan keusahawanan dan intel walaupun sudah bekerja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada permulaannya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Beliau hanya mengenali tetapi tidak pernah menggunakannya. Pada permulaannya, susah untuk beliau untuk mengendalikan komputer serta menggunakkan email sebagai medium menghantar maklumat bagi mengantikan surat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti latihan dan pembelajaran ict di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau mengenali apa itu internet dengan cara bijak menggunakannya. Cara mengendalikan komputer dan cara penjagaannya,email sebagai medium penghantaran maklumat mengantikan surat serta cara komunikasi di media sosial.

Nama : Kalsom binti Yajid

Umur : 41 tahun

Ahli Sejak : Mei 2014

Latar Belakang

Beliau pada mulanya ingin mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga dan suaminya. Beliau menjalani di kursus membuat kueh-mueh dan biskut di Kota Bharu. dari tahun 2011 hingga 2012. Semenjak dari situ, beliau mencuba menghasilkan kueh mueh dan menjualnya kepada rakan-rakan. Beliau kini memiliki perniagaan kueh mueh dan biskut iaitu Hafive Enterprise yang telah didaftarkan pada bulan Disember 2012.

Sebelum penggunaan ict/penglibatan pi1m

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri sahabat handai, sanak-saudara dan kenalan-kenalan yang terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ict/penglibatan pi1m

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan produk beliau. Kini, pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari kenalan rapat sahaja.Malah,kebanyakan penduduk di Daerah Pulai Chondong mengenali dan membeli produk beliau.

Nama :Cik Atiah binti Ahmad

Umur : 24 Tahun

Ahli   : Sejak Julai 2010

Latar Belakang

Beliau merupakan ahli yang paling lama semenjak penubuhan dari Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulai Chondong hingga ditukar nama kepada Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau adalah lepasan ijazah pentadbiran perniagaan ( perbankan dan kewangan islam). Semenjak dari sekolah lagi hingga tamat pengajian, beliau akan berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong jika ada kelapangan.\

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan pi1m

Beliau antara pelajar/peserta yang hadir untuk pelbagai jenis program antaranya latihan ict, bengkel skirp ke skrin,latihan intel dan latihan keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan pi1m

Beliau kini antara pelajar/peserta yang mahir menggunakan pelbagai jenis teknologi email untuk menghantar maklumat, perisian seperti microsoft word,excel dan powerpoint serta bijak menggunakan media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya.

Nama : En. Zamzuri bin Mohd Noh

Umur : 41 Tahun

Ahli Sejak : Mac 2014

Latar belakang

Beliau menjadi ajen bagi penjualan simkad onexox pada pertengahan tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut bermacam-macam halangan beliau tempuhi. Yang paling utama, ramai diantara pelanggan-pelanggan tidak yakin tentang produk tersebut kerana simkad tersebut baru sahaja memasuki pasaran dan ramai tidak mengenalinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada mulanya, beliau hanya mempromosikan simkad onexox kepada rakan-rakan dan saudara-mara terdekat. Penjualan beliau tidak laris dan pendapatan beliau tidak meningkat . Kebanyakannya tidak yakin akan produk yang beliau tawarkan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis telco prabayar di Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti latihan , bimbingan serta sokongan moral di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau telah berjaya meluaskan jualan beliau dan pendapatan beliau meningkat. Beliau juga mempunyai ejen tersendiri bagi meluaskan pasaran penjualan simkad onexox

 

LAPORAN KISAH KEJAYAAN JANUARI HINGGA MAC 2017

BIL

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

LKK1

Usahawan 1

Nama : Wan Amirul Aminin bin Wan Ahmad Fekri

Produk : Nasi Ayam Darmanians

 

 LAPORAN KISAH KEJAYAAN

 

BIL

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

LKK2

Usahawan 2

Nama : Nor Adira bin Che Puteh

Produk : Usahawan Gajet ( BaikPulih Telefon)

 

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

 

BIL

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

LKK3

Nama : Cik Munirah binti Mohd Roslan

Celik It

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

 

LAPORAN KISAH KEJAYAAN APRIL HINGGA JUN 2017

BIL

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

LKK1

Nama : Khalis Jauhar bin Mohd Zunin

Produk : Gajet dan Telephone

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

 

BIL

LAPORAN KISAH KEJAYAAN

LKK2

Nama : Nur Adira bin Che Puteh

Produk : Usahawan Gajet ( BaikPulih Telefon)

LAPORAN KISAH KEJAYAAN