Nama :Yacob bin Sulaiman

Umur : 71 Tahun

Ahli   : Disember 2013

Latar Belakang

Ianya telah diusahakan oleh Pak Cik Kob selama 12 tahun. Beliau telah menuntut dengan ilmu membuat mata pisau atau parang selama 7 tahun dengan seorang guru di Melor pada umur 30 tahun. Beliau berhenti sebagai askar selepas peristiwa 13 mei 1969,beliau memulakan kerjaya sebagai pembuat besi. Antara produk yang pernah dihasilkan adalah seperti pisau,parang,golok, pedang,lawi ayam dan sebagainya.Harga sebilah alatan tajam adalah mengikut inci dan ada juga yang mencecah ratusan atau ribuan ringgit.Bagi mata bilah besi iaitu 9 inci dan kebawah harganya RM30.00 dan mengikut jenis serta corak. Bagi mata bilah pisau 10 inci dan keatas harganya adalah RM50.00 dan mengikut jenis serta corak. Beliau menghasilkan alatan tajam mengikut permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah tempahan adalah mendatar dan pelanggan yang datang adalah dari sekitar daerah Pulai Chondong sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengenali Pusat Internet Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri kempen pengguna bijak dan keusahawanan 2014. Kemudian, beliau menyertai latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil tempahan besi.. Pelanggan beliau dari kawasan machang malah ada yang datang dari kota bharu untuk menempah besi yang mana mereka mengetahui hasil tempahan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.

LATIHAN KEUSAHAWANAN

Nama : Rosli bin Abdullah

Umur : 43 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

En.rosli telah memulakan perniagaan membuat kimpalan besi pada tahun 2012 selepas berhenti dari bekerja sebagai pemandu lori. Pada permulaannya, beliau hanya mencuba membuat kimpalan besi hanya untuk mencari pendapatan sampingan. Setelah perniagaan semakin maju dan permintaan untuk membuat kimpalan besi dari orang ramai semakin tinggi, beliau mula menggandakan usaha untuk membuat kimpalan besi yang mana menjadi pendapatan utama beliau sekarang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengenali Pusat Internet Pulai Chondong semenjak dari dulu lagi, Tambahan pula, beliau sering menghantar anaknya belajar komputer disitu. Oleh kerana tertarik dengan perniagaan secara atas talian, beliau mula mengikuti kelas ict di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan kimpalan besi beliau kini semakin mendapat permintaan tinggi dari kawasan setempat malah seluruh dearah Machang. Dengan adanya media sosial sebagai anjakan perniagaan, pendapatan beliau semakin bertambah.

 

Nama : Che Hasmah binti Jusoh

Umur : 35 tahun

Ahli Sejak : Disember 2017

Latar Belakang

Ditubuhkan pada Mei 2006, Mee Celup adalah antara mee celup yang menjadi sebutan ramai di Daerah Machang. Berbekalkan modal sebanya RM2000.00 ringgit Malaysia sahaja, beliau memulakan perniagaan bersama suaminya yang mana menjadi sumber pendapatan beliau sekeluarga.Antara makanan yang terdapat di kedai beliau adalah mee celup,nasi ayam dan goreng pisang. Dibuka dari jam 1.00 tengah hari hingga 7.00 malam 6 hari seminggu dari hari sabtu hingga hari khamis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada permulaannya, anggaran pendapatan perniagaan yang beliau perolehi adalah antara RM700 hingga RM800 sebulan Walaupun pada permulaan pendapatan beliau agak kecil, Namun beliau tidak berputus asa,pelbagai cara beliau lakukan untuk melariskan produk beliau.Beliau sentiasa membuat perubahan dalam masakan beliau supaya ianya laris dijual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau diperkenalkan melalui perniagaan secara atas talian di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau telah mengembangkan perniagaan melalui atas talian dan berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM1500 hingga RM2000 sebulan. Beliau juga mempraktikan idea-idea yang beliau perolehi sepanjang pembelajaran dan latihan di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong.

BELAJAR E-REZEKI DAN LATIHAN KEUSAHAWANAN

Nama : Mohd Yusydi bin Mohd Yunus

Umur : 27 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Anak kelima dari 6 beradik ini menamatkan pengajian dalam sijil multimedia kreatif animasi di Kolej Komuniti Kuantan Pahang pada tahun 2010. Beliau amatlah meminati bidang reka grafik berkomputer dan pernah bekerja di KB Excel Printing di Kota Bharu selama setahun. Beliau bercita-cita ingin membuka sebuah kedai printing sendiri.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengenali Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong melalui adiknya, Mereka datang kesini untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Semenjak dari situ, mereka akan datang kesini jika ada kelapangan masa sama ada membuat kerja atau bersosial di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, beliau antara ahli yang aktif berkunjung ke pusat internet 1malaysia Pulai Chondong. Beliau akan berkunjung ke sini sama ada untuk mendaftar pekerjaan, mencari idea-idea baru, bersosial di media sosial serta mengikuti kelas dan latihan disini.

Nama : Pn.Sarihah binti Mohd Noor

Umur : 43 tahun

Ahli Sejak : Januari 2017

Latar Belakang

Dengan modal sebanyak RM5000.00 ringgit Malaysia. Puan Sarihah bersama suaminya memulakan perniagaan pada tahun 2010. Sudah 7 tahun beliau menjalankan perniagaan bersama suaminya dan nama perniagaannya adalah s&n syumul enterprise.Beliau menjual akok,bahulu dan beko.

Sebelum penggunaan ict/penglibatan pi1m

Pada permulaannya, anggaran pendapatan perniagaan beliau adalah antara RM700 hingga RM800 sebulan Pelbagai  cara beliau lakukan untuk melariskan produk beliau.Tambahan pula, saingan perniagaan yang terdapat di sekitar machang adalah tinggi.

Selepas penggunaan ict/penglibatan pi1m

Setelah beliau diperkenalkan melalui perniagaan secara atas talian di Pusat Internet 1Malaysia Pulai Chondong. Beliau telah mengembangkan perniagaan melalui atas talian dan berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM1000 hingga RM1500 sebulan. Beliau juga memperolehi idea-idea untuk menambahbaik dan dapat bertahan untuk jangkamasa lama.