Nama: Siti Nursyahira binti Ismail

Umur : 22 tahun

Ahli   : Februari 2010

Latar belakang

Semenjak mengenali Pedi Pulai Chondong. Beliau selalu datang kesini bagi mengisi jawatan kosong samada kerajaan atau swasta.Tambahan pula,beliau berminat untuk menyertai program yang dianjurkan di PEDi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Banyak perkara yang ingin beliau pelajari. Beliau juga banyak menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet. Beliau juga mengikuti pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Beliau juga dapat membantu rakan-rakannya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian.  

Nama: Nik Norfazilah Binti Nik Razali

Umur : 27 tahun

Ahli   : Jun 2010

Latar belakang

Semenjak penubuhan Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong lagi, beliau antara ahli yang aktif .Beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong bagi menyiapkan tugasan,bersosial  di internet,mengikuti pelbagai program sejak dari bangku sekolah lagi hingga kini setelah beliau bergelar tamat belajar. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau dari seorang pelajar yang hanya mengenali asas internet pada mulanya. Pada permulaan beliau bersama rakan-rakannya datang ke Pusat Internet Komuniti kerana menyiapkan tugasan sekolah.Tambahan pula, sekolah tempat beliau belajar adalah dekat dengan Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti  Pulai Chondong

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini beliau merupakan lepasan ipt dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai perekabentuk grafik.  Kini, Beliau datang mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan, mengisi jawatan kosong kerajaan,mengambil peperiksaan SPA dan sebagainya.

Nama: Norazlin Shuhada Bin Roslan

Umur : 22 tahun

Ahli   : Jun 2013

Latar belakang

Cik Norazlin merupakan anak pertama dalam keluarganya. Beliau diperkenalkan oleh sepupunya untuk datang ke Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong. Beliau melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti dan program yang diadakan di Pusat Internet. Beliau juga adalah antara ahli jawatankuasa bagi hari terbuka atau hari bersama yang diadakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau dari seorang pelajar yang hanya mengenali internet pada asasnya. Pada permulaan beliau hanya mengikut sepupunya datang ke Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah tamat belajar di Institut Kemahiran Belia Negara, beliau kini datang mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan, mengisi jawatan kosong kerajaan,mengambil peperiksaan SPA dan sebagainya.

Nama: Wan Hasnorizan binti Wan Musa

Umur : 29 tahun

Ahli   : Oktober 2013

 

Latar belakang

Puan Wan Hasnorizan merupakan anak bongsu dari empat beradik dalam keluarganya. Beliau diperkenalkan oleh rakannya untuk datang ke Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong. Setelah tamat belajar tingkatan lima, beliau dan rakan-rakannya menyertai pembelajaran ict di Pusat Internet Komuniti.Beliau juga melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti dan program yang diadakan di Pusat Internet setelah tamat pengajian pada peringkat diploma yang kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Beliau juga adalah antara ahli jawatankuasa bagi hari terbuka atau hari bersama yang diadakan di Pusat Internet Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau merupakan seorang pelajar yang hanya mengenali internet pada asasnya. Pada permulaan beliau hanya mengikut rakannya datang ke Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Semasa dalam bidang pengajian peringkat diploma, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk menyiapkan tugasan. Beliau juga mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti ketika ada masa lapang.Pelbagai jenis ilmu ict yang telah beliau pelajari di Pusat Internet Komuniti.

Nama: Shaiful Anuar bin Ahmad

Umur : 48 tahun

Ahli   : November 2020

Latar belakang

 En.Shaiful amat meminati dalam bidang pertanian. Beliau mengusahakan pelbagai jenis tumbuhan dan sayur-sayuran. Oleh kerana kawasan kebun beliau terdapatnya haiwan-haiwan liar. Beliau mengambil inisiatif untuk memasang pagar elektrik.  Dari situ beliau mendapat idea untuk memajukan perniagaan beliau sekiranya mendapat permintaan dari pelanggan untuk memasang pagar elektrik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau mengenali ICT,kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari penduduk kampung dan kawan-kawan yang mengenalinya, Beliau juga mengalami masalah mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Malahan juga, Pemasangan pagar elektrik ini adalah satu benda baru dan kebanyakan petani masih menggunakan cara tradisional untuk menghalau haiwan-haiwan liar dari memasuki kebun-kebun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini beliau mengorak langkah dengan menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan. Kebanyakan pelanggannya adalah dari kawan-kawan  platform media sosial sama ada dari dalam atau luar negeri. Setiap gerak kerja pemasangan  pagar elektrik yang telah siap beliau akan muatnaik di media sosial sebagai tarikan kepada pelanggan sama ada yang lama atau yang baru.